Tuesday 14 April 2009

Hegomoni melalui Hak Asasi Manusia


Hari ini hak asasi manusia kian diberi perhatian. Ia semakin diberi perhatian dengan manusia kian menuntut ianya dihayati serta dikuatkuasakan melalui perundangan dan badan penguatkuasa yang berkesan. Namun kini, ia lebih berasaskan kepada Perisytiharan Sejagat Hak Asasi Manusia atau lebih dikenali sebagai UDHR (1948). UDHR telah diluluskan oleh Perhimpunan Agung PBB dengan Resolusi A/RES/217 pada 10 Disember 1948 di Palais de Chaillot, Paris, Perancis. UDHR mengandungi 30artikel yang menggariskan pandangan PBB (
dibaca: pihak yang MENANG Perang Dunia II) sebagai hak-hak manusia sejagat.

UDHR bersumberkan Magna Carta iaitu satu perjanjian yang telah dimaktubkan pada tahun 1215 di antara raja dengan pembesar-pembesar di England. Perjanjian ini dibuat demi mengelakkan perang saudara. Prinsip-prinsip hak asasi manusia moden yang terkandung dalam UDHR 1948 juga sebenarnya adalah bersumber daripada Revolusi Perancis dan Revolusi Amerika ( International Bill of Rights ). Asas-asas hak asasi manusia, kebebasan dan masyarakat sivil yang terkandung dalam Universal Declaration of Human Rights pada hari ini bersumber daripada idea ahli-ahli falsafah SEKULAR Barat kurun ke-17, 18 dan 19 seperti John Locke, Baruch Spinoza, Montesquieu, Voltaire, Rousseau, Emmanuel Kant.

UDHR 1948 yang bersumber daripada Magna Carta dan Bill of Rights Amerika dan Perancis, diwujudkan oleh kuasa-kuasa Barat dengan paradigma yang sama. Paradigma golongan yang menang perang. Dengan kemenangan tersebut mereka merangka bagaimana pula untuk terus berkuasa terhadap musuh, lawan dan negara-negara yang lemah dan masih dijajah. Prinsip-prinsip hak asasi yang melalui proses evolusi pengukuhan hegemoni kuasa seumpama ini memang patut dipertikaikan!!.



- Fool's Paradise -

.

1 comment:

mohd afham said...

hak asasi manusia konon.emangnya manusia saja yang punya hak?

inilah manusia yang beragama tanpa tuhan.semua berdasarkan kehendak diri