Knowledge makes you free from the chains of ignorance, and revives your heart, Takes you out from the darkness and gives a new light to your eyes
Monday, 20 April 2009
Pax Amerikana
Kita sedang berhadapan dengan satu malapetaka ekonomi. Malapetaka ini bukan mucul dengan tiba-tiba. Ini adalah hasil dari satu projek ekonomi yang telah dimulakan dari zaman Ronald Reagan dan Margaret Thatcher – 25 tahun dahulu. Dasar ekonomi ini di namakan globalisasi dan penswastaan.
Projek penswastaan ini telah diajukan oleh pemilik-pemilik bank di Wall Street dan City of London pada awal tahun 80’an dahulu. Kaum pemodal syarikat multi nasional dan tuan empunya bank melalui dasar penswataan telah merancang satu strateji untuk membolot semua harta kakayaan dalam dunia ini. Justeru penswastaan telah dikahwinkan dengan dasar globalisasi.
Dasar penswastaan ini telah dijual oleh Bank Dunia dan IMF kepada negara-negara di Asia, Afrika dan Latin Amerika. Pelbagai bentuk ganjaran dan tekanan telah diberikan oleh Bank Dunia dan IMF agar dasar penswastaan dan globalisasi ini diterima. Muncul ayat-ayat klise – dunia tanpa sempadan – dan pelbagai mantra yang karut marut untuk melalaikan dan memerangkap warga dunia ketiga.
Globalisasi, penswastaan dan ekonomi terbuka hanyalah tipu helah IMF dan Bank Dunia. Dibelakang IMF dan Bank Dunia ini adalah tuan-tuan punya bank dan kaum pemodal Anglo-Amerika. Sebenarnya dasar penswastaan dan globaisasi ini adalah dasar penjajahan bentuk baru. Ini adalah sistem kolonialisma yang lebih licik dan lebih tersusun.
Malalui penswastaan dan globalisasi ini telah wujud satu Empire baru yang bernama Pax Amerikana. Sama seperti empire Pax Romana dan Pax Britannia – empire baru ini memiliki tanah-tanah jajahan di seluruh dunia. Perjanjian perniagaan di buat – pasaran dibuka. Perjanjian ketenteraan di ikat – pengkalan tentera darat, udara dan laut didirikan. Gedebe dan kaki-kaki busuk di Asia, Afrika dan Amerika Latin – ramai yang bersedia bekerjasama untuk menjadi budak suruhan kepada Pax Amerikana.
Melalui dasar penswataan dan ekonomi terbuka modal Anglo-Amerika mula menerbus masuk. Modal-modal ini mula membeli harta-harta stratejik seperti – air, api, media, tv , hospital , syarikat pengangkutan. Pemodal Anglo-Amerika ini secara licik mencari rakan niaga dikalangan warga tempatan yang memiliki jaringan dan hubungan kuasa politik. Malah ahli-ahli politik akan diberi hak milik atau saham agar segala bentuk projek diluluskan.
Selama 25 tahun semenjak dasar pasaran terbuka dan globalisasi ini diperkenalkan kaum pemodal Anglo-Amerika ini kini telah berjaya mengawal hampir kesemua bahan-bahan mentah dalam dunia. Mereka boleh menaik atau menurunkan harga bahan-bahan mentah ini. Mereka berhujah bahawa yang menentukan turun naik harga ialah pasaran bebas. Ini bohong. Merekalah di Wall Street dan di City of London yang menentukan turun atau naiknya harga bahan-bahan mentah.
Dari belakang panggung – tuan-tuan empunya bank dan gedung perniagan sentiasa merancang. Mereka mewujudkan kumpulan-kumpulan pemikir. Mereka mendirikan jaringan sokongan yang berselirat di seluruh dunia. Mereka memberi dana kepada ribuan Ngo di Asia, Afrika dan Amerika Latin untuk memastikan dasar dan falsafah ekonomi terbuka dan globalisasi diterima. Tujuan mereka ialah untuk terus membolot harta kekayaan dalam dunia ini.
Elit ekonomi dan tuan empunya bank amat jarang menampakkan diri mereka secara terbuka. Jaringan-jaringan kabal mereka tersusun secara rashia. Cara mereka bekerja tidak jauh bezanya dari cara Mafia atau kongsi gelap bergerak. Organisasi seperti Bilderberg Group, Bohemian Grove, Masonic dan Illuminati adalah sarang dan tempat mereka berkumpul dan merancang. Merekalah yang memiliki kuasa untuk menaik atau menurunkan ahli-ahli politik bukan sahaja di Amerika dan London tetapi di seluruh dunia.
Hari ini dunia sedang dalam kesakitan. Jika kita sakit maka kita wajib kenalpasti apakah penyakit kita itu. Jika telah diketahui maka baru boleh ianya diubati. Jika tersalah baca maka tidak mungkin sakit itu dapat diubati.
Ada yang mengatakan bahawa krisis hari ini adalah krisis keewangan. Ada yang mengatakan bahawa krisis hari ini adalah krisis ekonomi. Ada yang menuduh krisis ini timbul kerana tuan punya bank dan para CEO tamak haloba. Ada yang menuduh bahawa krisis ini timbul kerana kurang kawalan.
Semua ini tidak salah. Tetapi semua ini hanyalah manifestasi dari penyakit itu. Krisis yang kita hadapi hari ini adalah krisis kapitalisma. Sistem ekonomi kapitalisma telah sampai ke satu tahap bahawa ianya tidak mungkin dapat bergerak lagi. Pengeluaran dan pemintaan telah tepu.
.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
Congratulations for the following:
Tetapi semua ini hanyalah manifestasi dari penyakit itu. Krisis yang kita hadapi hari ini adalah krisis kapitalisma. Sistem ekonomi kapitalisma telah sampai ke satu tahap bahawa ianya tidak mungkin dapat bergerak lagi. Pengeluaran dan pemintaan telah tepu.
:D
And Islam provides a solution, through a system called Muamalah! May I direct your attention to this: http://muamalahcouncil.com/
Post a Comment